Polis Menahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Yang Maut Terjatuh Di Selayang

Polis telah menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun yang maut akibat terjatuh daripada kondominium, 16 tingkat di Selayang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.”

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan.

Ketika kejadian semalam yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi. Ibu saudara kanak-kanak tersebut menyedari tentang kehilangan anak saudaranya selepas mendapati ketiadaannya di dalam bilik.

Ibu saudaranya lalu menelefon ibu kanak-kanak tersebut, lalu dia dikhabarkan bahawa kanak-kanak itu dikesan berada di tingkat dua.

Manakala, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faizal berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil yang berada di tepi tingkap.

Beliau berkata semasa kejadian mangsa berada dalam jagaan ibu saudaranya dan polis percaya mangsa terjatuh dari tingkap rumah mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca