Polis Jumpa Buku Nota Bertulisan Tangan Penuh Dengan Luahan Peribadi Sulli

Nota: Gambar nota di atas sekadar hiasan

Dua hari lepas, industri hiburan telah digemparkan dengan berita kematian bekas ahli kumpulan ikonik K-Pop, f(x), Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli.

Pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri To The Beautiful You itu dilaporkan telah mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri di apartmennya.

Semasa melakukan siasatan di lokasi kejadian, pihak polis telah menemui sebuah buku nota bertulisan tangan yang dipercayai milik Sulli. Menurut laporan media tempatan, buku nota itu dipenuhi dengan luahan peribadi Sulli.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah mengesahkan bahawa apa yang tertulis di dalam buku nota itu bukanlah suatu wasiat ataupun nota bunuh diri. Ia cuma memo yang selebriti itu coret mengenai perasaan dan kehidupan hariannya.

Difahamkan, pihak polis juga tidak akan mendedahkan kandungan nota yang dijumpai itu kepada umum bagi menghormati keluarga mendiang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca