Polis Didakwa Hentikan Trafik Demi VVIP, 2 Buah Kereta Ini Terlibat Dalam Kemalangan

Jika sebelum ini tular video memaparkan ambulans terpaksa berhenti untuk memberi laluan kepada orang kenamaan, isu menghentikan trafik untuk melancarkan perjalanan tetamu kehormat utama (VVIP) muncul sekali lagi baru-baru ini.

Sekiranya anda menonton video tular itu, pihak polis dilihat menghentikan trafik untuk memberi laluan kepada VVIP lalu mengakibatkan dua buah kereta kemalangan iaitu Proton Wira dan Perodua Kelisa.

Kemalangan itu berlaku apabila kereta Wira itu berhenti secara mengejut selepas anggota polis memberikan isyarat untuk berhenti. Perodua Kelisa itu pula berkemungkinan tidak sempat untuk menekan brek lalu ia melanggar kereta Wira itu.

Sumber: Twitter

Apa yang lebih membangkitkan kemarahan warganet ialah konvoi VVIP dilihat melalui jalan tersebut ketika kemalangan tersebut berlaku. Kejadian ini dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak.

Tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet mengecam tindakan pihak polis yang memberikan laluan kepada tetamu kehormat utama sehingga berlakunya kemalangan.

Orang ramai turut menzahirkan rasa bengang apabila melihat para konvoi VVIP itu hanya berlalu pergi ketika kemalangan berlaku dan tidak menghulurkan apa-apa bantuan kepada mangsa.

Sumber: The Vocket

Bukan itu sahaja, orang ramai turut kecewa kerana kemalangan ini terjadi semata-mata kerana mahu melancarkan laluan VVIP. Pada waktu artikel ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca