KONGSIKAN

 

Setelah lama menanti, akhirnya filem Polis Evo 2 bakal mengegarkan pawagam tanah air bermula 22 November ini. Menerusi satu entri di akaun Instagram Astro Shaw, sebuah teaser poster telah dikongsikan. Perkara itu membuatkan ramai yang mengakui tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam.

Polis Evo 2 menyaksikan dua tunjang utama filem pertama iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak  kembali menghidupkan watak asal mereka, iaitu sebagai Inspektor Khai dan Inspektor Sani.

Kali ini mereka berdepan dengan cabaran lebih besar, apabila sekumpulan pengganas yang juga mengamalkan ajaran sesat menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan.

Filem sekuel kali ini juga turut  menampilkan barisan pelakon dari tiga buah negara, iaitu Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Selain Sam dan Zizan, antara pelakon tempatan yang turut membintangi filem ini adalah  Hairul Azreen, Syafie Naswip, Erra Fazira, Soffi Jikan, Dennis Yin, Hairie Othman dan Rusdi Ramli.

Pelakon dari Singapura pula merupakan Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman, manakala Indonesia; Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Terdahulu, filem Polis Evo yang ditayangkan pada tahun 2015 telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM17.47 juta.

Apa yang lebih membanggakan apabila filem terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media dan BlackFlag ini akan turut ditayangkan di negara seberang iaitu Indonesia.

Ternyata filem ini mendapat respond yang cukup positif daripada penonton. Namun apa-apa pun perlu tonton terlebih dahulu filem ini sebelum dapat mengatakan ia hebat atau tidak.

Official Trailer :