Foto Polis Ini Duduk Atas Remaja Dikecam Hebat Oleh Warganet

Sekeping gambar menjadi tular di media sosial pada Rabu lalu (4 Disember) yang memaparkan seorang polis wanita bertopeng sedang duduk di atas seorang pelajar perempuan menerima pelbagai reaksi yang tidak menyenangkan daripada warganet.

South China Morning Post melaporkan, remaja berusia 14 tahun itu merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang ditahan kira-kira jam 7.15 pagi semalam di persimpangan Jalan Ma Tau Wai dan Jalan Tam Kung yang terletak di To Kwa Wan.

Pihak polis berkata bahawa remaja yang memakai pakaian seragam sekolah itu melawan apabila ditahan polis. Remaja itu cuba melarikan diri dengan bantuan seorang lelaki berusia 47 tahun.

Sumber: South China Morning Post

Di samping itu, remaja terbabit dan tiga lagi pelajar lelaki yang berusia 15 tahun itu ialah sebahagian daripada kumpulan yang menggunakan kon trafik untuk membina sekatan sebelum ditahan oleh pasukan detektif bertopeng yang memakai pakaian biasa.

Pegawai polis yang berada di tempat kejadian turut berjaya merampas cat semburan, baton, topeng muka dan sarung tangan suspek yang merupakan pelajar dari dua sekolah menengah berhampiran.

Dalam pada itu, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan wanita tersebut untuk duduk di atas remaja berkenaaan. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Sehingga kini, semua suspek masih berada dalam tahanan polis untuk membantu siasatan tetapi masih belum ada dakwaan yang difailkan terhadap mereka.

Artikel Lain Untuk Di Baca