Polis Diraja Malaysia Buru Individu Sebar Maklumat Palsu Tentang ‘#MalaysiaLockDown’

Berikutan dengan penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan, terdapatnya individu yang menyebarkan berita atau maklumat palsu seperti infografik ‘COVID-19 HOUR #MalaysiaLockDown.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang pergiat usaha untuk mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan dengan itu. Infografik itu telah tular di dalam media sosial.

Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata perbuatan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan memberi kesan kepada orang ramai terutama yang beranggapan perkara itu sahih.

Tan Sri Abdul Hamid Bador

“Kami akan mencari siapa individu yang tidak bertanggungjawab itu yang menyebarkan maklumat palsu dan menimbulkan kegusaran awam. Fikirkanlah kesannya kepada orang ramai sebelum menyiarkan sesuatu maklumat kepada umum,” ujarnya kepada BERNAMA, hari ini.

Infografik tular yang disebarkan oleh warganet melalui Facebook dan WhatsApp itu memaparkan tanda pagar ‘#Malaysialockdown pada Isnin 16 Mac 2020, 8 hingga 10pm’, antara lain meminta rakyat Malaysia berada di kediaman masing-masing selain menyebut beberapa larangan.

Apa-apa pun penyebaran secara palsu atau tidak sah mengenai perkara sedemikian perlu dielakkan walaupun perkara ini ada kebaikannya. Pada masa sekarang, kita perlu menunggu apa-apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab supaya tidak berlaku perkara yang boleh mengelirukan.

Untuk baca artikel lain berkenaan Covid-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca