Polis China Selamatkan Lebih 1,100 Wanita Asia Tenggara Yang ‘Dijual’ Sebagai Isteri

Lebih 1,100 wanita Asia Tenggara yang ‘dijual’ sebagai isteri telah diselamatkan oleh polis China pada tahun lepas.

Kementerian Keselamatan Awam memaklumkan bahawa operasi yang turut disertai oleh pihak polis dari Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam dan Thailand telah menyelamatkan tujuh belas kanak-kanak.

Lebih 1,300 suspek termasuk 260 warga asing ditahan kerana disyaki menculik dan menjual orang serta penipuan perkahwinan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa penjenayah domestik dan asing telah bercanggah untuk memikat wanita dari negara jiran ke China dengan menjanjikan kerja atau perkahwinan dan juga menculik beberapa wanita serta menjualnya sebagai isteri,” jelas jurucakap Kementerian iaitu Guo Lin.

Dasar polisi Beijing yang hanya membenarkan satu anak sahaja selama satu dekad dan mengutamakan anak lelaki telah menyebabkan kekurangan hampir 33 juta wanita di China.

Kemiskinan juga menjadi salah satu punca wanita muda dari daerah Mekong telah berjudi atas perkahwinannya di China.

Segelintir wanita menjadi mangsa ‘penipuan perkahwinan’ di mana mereka berisiko untuk didera, ditahan atau dipaksa menjadi pelacur.

Polis menemui 11 wanita Vietnam yang masih mempunyai visa pelancong yang sudah tamat tempoh menetap di sebuah rumah selamat milik agensi perkahwinan di daerah Anhui, China.

Agensi dikenakan caj sebanyak 3,000 hingga 10,000 yuan bersamaan US$450 (RM1,864.62) hingga US$10,500 (RM43,507.80) untuk memperkenalkan seorang lelaki Cina kepada isteri dari Vietnam.

Beberapa kes turut melibatkan agensi buruh palsu yang menawar wanita ke China dengan menjanjikannya kerja, tetapi akhirnya menjualnya kepada perkahwinan paksa.

Artikel Lain Untuk Di Baca