Polis Akan Buat Post-Mortem Operasi SAR Gadis Ireland, Nora Anne Quoirin

Setelah siasatan kes remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin selesai, pihak polis akan menjalankan post-mortem operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja berusia 15 tahun itu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop apabila ditanya sama ada kes Nora Anne telah ditutup selepas penemuan mayatnya.

Remaja istimewa itu datang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga selama dua minggu. Mereka tiba di sini pada 3 Ogos lalu dan menginap di Resort The Dusun Pantai Hill.

Menurut keluarga mangsa, anak mereka itu sudah tiada di bilik penginapan sekitar jam 8 pagi pada Ahad sebelum operasi pencarian dilancarkan.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 1.57 tengah hari Selasa tanpa seurat benang berhampiran anak sungai di kawasan berlurah iaitu kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya. Difahamkan, pasukan SAR sebelum ini sudah pun cuba menjejaki Nora Anne di lokasi tersebut.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian Nora Anne adalah disebabkan kebocoran usus ekoran tidak makan dalam tempoh yang lama.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca