Polester 2, Proton Bakal Keluarkan Kereta Elektrik

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibawa melihat lebih dekat Polester 2, model kereta elektrik yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo.

Sumber: Berita Harian

Dalam perkongsian di laman Facebook rasminya, bekas Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON) itu diiringi Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Faisal Albar melihat jentera elektrik berwarna putih itu.

Kereta elektrik ‘Polestar 2’ adalah sebuah kereta yang diusahakan oleh Geely, rakan usahasama PROTON. Keunikan kereta ini ialah pengecasan boleh capai sehingga 400 kilometer (km). Bagi cas semula pula hanya perlu kurang dari 2 jam untuk dapat 100 peratus bekalan penuh.

Sumber: Berta Harian

Menurut Dr Mahathir, dari aspek reka bentuk pula kereta terbabit amat canggih, manakala dalaman pula kemas dan futuristik. Segala kawalan dan tetapan boleh dibuat dengan sentuhan ‘tablet’.

Sumber: Berita Harian

“Saya dapati masa hadapan kenderaan sebegini menjadi pilihan kerana kurang pencemaran. Namun kita perlu ingat walaupun kereta tidak cemarkan udara, bekalan elektrik yang datang dari stesen janakuasa juga mencemarkan udara.

“Kereta elektrik belum sampai lagi ke tahap bebas pencemaran udara. Akhirnya mungkin kita terpaksa guna kereta hidrogen, itupun terdapat juga masalah lain yang perlu diuji dan diselesaikan,” kata Dr Mahathir.

Sumber: Paul Tan

“Saya harap pihak PROTON dapat majukan projek sebegini supaya satu masa nanti PROTON juga dapat keluarkan kereta elektrik tersendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kebanyakan negara, kerajaan memberi insentif kepada pembeli kereta elektrik, sekali gus kenderaan terbabit bakal menjadi pilihan rakyat.

Untuk baca artikel lain berkenaan PROTON, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca