Pokok Pisang Berhantu? Ini 10 Jenis Pokok Yang Menjadi ‘Tempat Tinggal’ Makhluk Halus

Rumah kosong atau rumah yang telah lama ditinggalkan sering dikaitkan dengan tempat yang berhantu. Namun, selain rumah-rumah tersebut, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada beberapa jenis pokok yang menjadi kesukaan untuk hantu bertenggek di atas dahan.

Berikut kami kongsikan 10 jenis pokok yang berhantu:

1. Pokok Ara

Pokok Ara hampir sama dengan pokok beringin dan ia merupakan tempat tinggal bagi segala jenis hantu.

2. Pohon Beringin

Pohon beringin adalah tempat tinggal hantu raya terutamanya pokok yang sudah tua dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok.

Jika seseorang mematahkan akar yang berjuntai dan kebetulan hantu raya tersebut ada di situ, makhluk itu akan marah dan akan membuatkan orang itu sakit.

3. Pokok Kekabu

Pokok kekabu merupakan tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak. Buah kekabu biasanya dijadikan isi bantal dan tilam.

4. Pokok Ciku

Sebaiknya, cuba elakkan daripada melalui pokok ini pada waktu Maghrib kerana hantu penunggu pokok sedang berkeliaran. Pokok ini menjadi tempat tinggal pontianak dan hantu raya.

5. Pokok Saga

Pokok saga adalah pokok yang besar, rendang dan tinggi. Ia memang sesuai untuk menjadi tempat tinggal hantu namun tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok ini.

6. Pokok Asam Jawa

Pokok asam jawa yang telah matang biasanya menjadi tempat tinggal pocong dan pontianak.

7. Pokok Bacang

Buah pokok bacang mempunyai serat yang banyak. Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain oleh toyol.

8. Pokok Sukun

Pokok sukun merupakan tempat tinggal pocong.

9. Pokok Pisang

Pokok pisang yang berkumpul merupakan tempat pontianak dan pocong.

10. Pokok Buluh

Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak. Ia akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya.

Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana ini hanyalah kepercayaan orang dulu-dulu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca