Pokok Ganja Subur Di Depan Rumah, Lelaki Ini Beri Alasan Ia Disangka Pokok Buluh

Seorang lelaki yang kononnya cuba menipu pihak polis bahawa dia tidak tahu-menahu pokok tanamannya adalah pokok ganja akhirnya menerima padah apabila dia ditahan ketika diserbu di kediamannya yang bertempat di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar pada Rabu.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Superintendan Mohd Redzuan Salleh, semasa ditahan, penganggur berusia 38 tahun itu memberi alasan dia menyangkakan tanamannya itu adalah pokok buluh.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja disoal siasat, dia mengakui menanam pokok ganja itu untuk kegunaan sendiri.

Jelas Mohd Redzuan, hasil pemeriksaan polis menemui empat pokok ganja yang ditanam di hadapan kediaman berkenaan.

Difahamkan, kesemua pokok ganja itu kemudiannya dirampas untuk siasatan lanjut.

Pada masa yang sama, hasil semakan juga mendapati bahawa suspek yang dikenali dengan panggilan ‘Mat Tarzan’ itu mempunyai satu rekod kes lampau melibatkan dadah.

Memetik laporan Astro Awani, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif ganja.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Kata Mohd Redzuan lagi, pihak polis sedang menyiasat dari mana suspek mendapat benih pokok ganja itu.

Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut.

Untuk membaca artikel-artikel lain berkenaan ganja, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca