Ini adalah berita super gembira buat para pencinta buku di Kuantan. Pesta buku terkenal yang dinanti-nantikan oleh ramai umat pencinta buku akan berdagang di Kuantan, Pahang selama 11 hari pada Februari ini mulai 28 Februari sehingga 10 Mac 2019 di Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan.
Berikut antara hebahan berkenaan jelajah Big Bad Wolf pertama pada tahun 2019 ini di media sosial.
View this post on InstagramA post shared by Big Bad Wolf Books (@bigbadwolfbooks) on
View this post on InstagramA post shared by Lejen Press (@lejenpress) on
Ia ternyata mendapat reaksi positif warganet yang sudah tidak sabar-sabar lagi menunggu tanggal 28 Februari. Ya, penantian itu suatu penyiksaan.
Daripada segi pemilihan lokasi, kami yakin pesta buku ini bakal dikunjungi ratusan ribu pengunjung dari Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, serta daerah-daerah lain di Pahang. Ia juga akan turut menarik kunjungan warga Kemaman yang selalu memeriahkan bandar Kuantan ketika hujung minggu untuk hadir ke Big Bad Wolf.
Big Bad Wolf menawarkan pelbagai genre buku seperti fiksyen, bukan fiksyen, kesusasteraan, travelog, kesusasteraan kanak-kanak, masakan, akademik, motivasi dan pelbagai lagi. Selain kemasukan percuma, diskaun sehingga 95% juga antara tarikan utama acara ini.
Buku-buku Lejen Press juga akan dijual di sana dengan pilihan sekitar 90 judul.
Ayuh, rodong. Apa lagi aokme mahu?