Pelakon cantik Amelia Henderson menolak dakwaan kononnya podcast Studio Sembang dikatakan ‘Spill The Tea’ kerana topik yang dikupas adalah berdasarkan cerita lama artis.

Amelia berkata, Studio Sembang adalah platform untuk rakan-rakan artis berkongsi ruang dan peluang menyebarkan mesej yang positif kepada orang ramai juga kisah kehidupan dan pengalaman mereka dalam bidang yang diceburi.
Sehingga kini, Studio Sembang telah meraih lebih 21,000 subscribers di laman Youtube itu
Pemilik nama Amelia Thripura Henderson, 27, menjelaskan, segala topik yang dibincangkan dalam program tersebut adalah berdasarkan persetujuan tetamu jemputan.

Bahkan, selaku Penerbit Eksekutif, dia menegaskan tidak pernah memaksa atau mengawal apa yang bakal keluar dari mulut tetamunya semata-mata mahu meraih perhatian ataupun kontroversi.
“Bila saya tanya mereka pasal kehidupan mereka, saya serius tak pernah kawal ataupun you know like push untuk dapatkan topik kontroversi.

“Sebaliknya bila shooting Studio Sembang, saya akan hantar the final cut, saya akan hantar semua klip kepada sesiapa yang pernah jadi tetamu jemputan saya like it is mutual editing.
“Saya tidak mahu meletakkan tetamu saya dalam apa jua situasi dimana saya akan publish anything tanpa persetujan mereka. Bagi saya, ia sangat penting terutamanya topik yang dibincangkan adalah pasal personal life mereka,” jelasnya.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: