PM Tegur GLC Dan Swasta Yang Lebih Mengutamakan Bahasa Inggeris Berbanding Bahasa Melayu

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, menegur agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta kerana lebih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris.

Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan bahasa Inggeris dalam majlis, mesyuarat, persidangan, projek dan juga produk mereka.

Beliau meminta agar penggunaan bahasa Melayu diperluaskan dalam penganjuran program pada masa akan datang.

Tambahan pula, beliau turut berkata adalah menjadi peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan agar bahasa Melayu terus berkembang.

“Ketika ini, sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi kerajaan.”

“Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan bahasa Inggeris. Malah penggunaan nama syarikat, projek perumahan, dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan bahasa Melayu.”

Beliau turut berkata tiada siapa yang boleh mengangkat martabat bahasa Melayu melainkan rakyat negara ini sendiri.

“Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan bahasa Melayu selepas ini.”

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kerajaan turut komited untuk memastikan dasar yang digubal menyokong usaha pemartabatan bahasa Melayu.

“Kita mahu mengulangi sejarah kegemilangan bahasa Melayu, dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap ilmu dan bahasa antarabangsa abad ke-21.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca