Plain T-Shirt Never Goes Out Of Fashion

Plain t-shirt memang tidak dinafikan masih lagi dipakai hingga ke hari ini. Ia adalah sejenis baju yang kosong tanpa sebarang corak, hanya mempunyai warna. Sama ada warna hitam, biru gelap, merah atau apa sahaja warna, t-shirt yang kosong mempunyai suatu maksud yang tersendiri bagi si pemakai.

Seperti yang kita dapat tonton di dalam kebanyakan filem, plain t-shirt menjadi pilihan kebanyakan pelakon untuk digayakan dalam babak lakonan. Sebagai contoh, Tom Cruise pernah menggantikan pakaiannya dengan plain t-shirt berwarna biru gelap selepas kapal terbang yang dipandunya terhempas akibat menyelamatkan Cameron Diaz di dalam Knight And Day. Selain daripada itu, Brad Pitt juga pernah memakai t-shirt berwarna putih ketika dia sedang berlayar di dalam filem The Curious Case of Benjamin Button. Begitu juga dengan Harrison Ford dengan t-shirt berwarna kelabu ketika berlawan dengan Ryan Gosling di dalam filem Blade Runner 2049. James Dean juga dengan t-shirt berwarna putih yang sering dipakainya manakala usahawan terkenal Mark Zuckerberg sering dilihat mengenakan t-shirt berwarna kelabu.

Photo by Keagan Henman on Unsplash

Kenapa plain t-shirt?

  1. Kos

SUPIMA Cotton daripada Uniqlo hanya berharga RM39.90. Manakala plain T-Shirt di H&M hanya berharga RM20 sahaja. Ia satu pelaburan yang boleh dibawa bincang jika anda mencari jenis pakaian untuk keluar jalan-jalan, untuk tidur, dan digunakan di rumah. Plain t-shirt sangat simple dan classic, boleh digunakan di mana jua anda berada. Ia memang sejenis baju yang harus dimiliki oleh semua orang.

2. Keyakinan Diri Lebih Tinggi

Kalau kita pakai baju yang mempunyai corak mewakili parti politik, pasti ia akan mewujudkan satu debat dengan orang lain. Tetapi kalau kita memakai t-shirt yang kosong berwarna biru gelap, tiada siapa akan peduli, dan kita pun tidak perlu berfikir tentang pendapat mereka. Ini sedikit sebanyak membantu kita dalam memberi fokus yang secukupnya dalam kehidupan seharian. Kerana kita akan lebih yakin dengan diri kita.

Hidup kita adalah apa yang kita fikirkan.

Photo by The Creative Exchange on Unsplash

3. Memudahkan Pilihan

Apabila kita bangun dari katil pada waktu pagi, kita tidak perlu fikir untuk memilih baju apa kerana kita sedar yang kita mempunyai enam t-shirt kosong di dalam almari. Jadi, tanpa membuang masa kita terus memakai salah satu t-shirt tersebut, berserta dengan jeans, sneaker dan beg galas sebelum keluar menjalani rutin harian kita.

4. Sesuai Dengan Jenis Pakaian Lain

Plain t-shirt juga mudah untuk disatukan dengan pakaian lain. Ia boleh disatukan dengan bomber jacket, jeans, sneakers, seluar sukan, topi dan banyak lagi. Plain t-shirt adalah sejenis baju yang versatile dan jarang mengecewakan anda.

5. Senang Untuk Dijaga

Plain t-shirt juga mudah untuk dibasuh dan dijaga. Jika baju kemeja, anda perlu menggosok baju itu untuk memastikan ia tidak berkedut. Tidak bagi  plain t-shirt, ia mudah untuk dibasuh dan dijaga. Hanya perlu basuh di mesin basuh dan jemur sahaja.

Saya sendiri menganggap yang plain t-shirt ini memudahkan diri saya dalam pelbagai aspek. Apa yang penting adalah ia membantu saya untuk lebih fokus dalam membuat sesuatu keputusan dan menjalani rutin harian. Bak kata pepatah orang putih, ia adalah jenis pakaian yang simple, classic dan never goes out of fashion.

Artikel Lain Untuk Di Baca