PKPB: Sinar Penghujung Sudah Kelihatan, Khabar Gembira Dinanti

Hari ini sudah memasuki hari ke-79 rakyat Malaysia patuh dengan arahan kerajaan untuk terus duduk di rumah dan menjaga penjarakan sosial sekiranya perlu untuk keluar rumah. Hal ini telah menyebabkan Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID-19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan beberapa sektor ekonomi dibuka untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Sedang negara kita menuju kira-kira lima hari sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijadualkan berakhir, negara terus mencatatkan hanya satu digit kes COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut dan ini sekali gus memberi petanda penularan wabak itu dapat dikawal pihak berkuasa.

Sementara itu, tiada kes kematian dicatatkan pada 2 Jun lepas, untuk 11 hari berturut-turut. Ini seperti memberi petanda bahawa Malaysia dalam landasan tepat ke arah fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac.

Sebelum ini, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pernah memaklumkan bahawa kebolehjangkitan COVID-19 semakin hari semakin berkurang dan jika ini berterusan, ia akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Pada 2 Jun lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan untuk merentas negeri bagi tujuan akad nikah sepanjang tempoh PKPB.  

Walau bagaimanapun, majlis yang diadakan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, selain memutuskan untuk membenarkan jurufoto perkahwinan melakukan penggambaran pra perkahwinan di tempat terbuka, juga mengikut SOP yang ditetapkan.

Turut dibenarkan adalah baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) untuk kembali beroperasi dengan merujuk SOP yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). 

Selain itu, kerajaan juga membenarkan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun ini.

Pada hari Sabtu ini pula, satu mesyuarat khas dijadualkan berlangsung bagi membincangkan beberapa lagi SOP yang akan ditampilkan, antaranya berkaitan aktiviti jualan pasar malam, aktiviti keagamaan di rumah ibadat dan perkhidmatan kedai gunting rambut.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus PKPB. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca