PKPB: Lebih Banyak Kelonggaran Dijangka Akan Diumum Pada Minggu Pertama Bulan Jun

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan sebelum ini dijangka akan tamat pada 9 Jun ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, akan terdapat beberapa kelonggaran yang akan diberikan menjelang minggu pertama bulan Jun ini.

Sekatan ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka akan dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes COVID-19 harian di negara ini kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.

“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” katanya pada sidang media COVID-19 harian semalam.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham juga meminta agar rakyat Malaysia berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan.

Menurutnya, kes melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan yang baik kerana kebanyakan kes kini melibatkan warga asing.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan,  kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak jangkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan telah melaksanakan PKP bermula 18 Mac lepas dan dilanjutkan sehingga 12 Mei sebelum bersambung dengan PKP Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan tamat pada 9 Jun dengan kebanyakan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula secara terkawal.

Dr. Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen rakyat Malaysia

Oleh itu, beliau berharap orang ramai akan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:


Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca