PKPB Di Selangor Dan KL Akan Tamat Atau Dilanjutkan? Ini Jawapan Datuk Seri Ismail Yaakob

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Lembah Klang telah dilanjutkan sebanyak dua kali dan dijangka berakhir pada 6 Disember ini. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan rakyat di kawasan berkenaan tertanya-tanya apakah ada kemungkinan ia akan dilanjutkan lagi selepas ini.

Menjawab persoalan berkenaan, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hanya akan dapat diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat penilaian risiko pada minggu terakhir sebelum tempoh PKPB berakhir.

“Biasanya minggu terakhir KKM akan buat penilaian risiko… kalau nampak penurunan dan dari segi penilaian risiko tak ada lagi kebarangkalian jangkitan baharu, mereka akan menasihatkan kita.

“Sama seperti empat negeri yang kita umumkan penamatan, (keputusan itu) selepas penilaian risiko dibuat. Pertamanya, penilaian risiko dahulu. KKM akan beri cadangan dan kita akan putuskannya nanti,” katanya.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa hari ini kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan merekodkan peningkatan yang ketara sekali gus menimbulkan kebimbangan rakyat.

Untuk rekod, pada 24 November (Selasa), Selangor mencatatkan kes psoitif COVID-19 tertinggi dengan 1,623 kes manakala Kuala Lumpur pula mencatatkan 90 kes.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca