PKP Fasa II: Ini Lokasi Penutupan Jalan Di Klang Yang Anda Patut Tahu

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara serta Klang Selatan telah menetapkan beberapa sekatan jalan raya dan penutupan jalan di kawasan tersebut menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa II bermula pada hari ini sehingga 14 April depan.

Dalam satu kenyataan, jurucakap IPD Klang Utara mengatakan bahawa selepas 14 penguatkuasaan PKP, tahap kepatuhan masyarakat terhadap perintah berkenaan masih belum memuaskan.

Untuk makluman semua, penutupan jalan di kawasan Klang Utara berkuatkuasa dari jam 1 pagi sehingga 12 tengah malam manakala penutupan jalan di Klang Selatan pula berkuatkuasa 24 jam.

Berikut kami kongsikan senarai penuh lokasi penutupan jalan di Klang Utara:

1. KM 3.5 Jalan Shapadu Lama

Laluan alternatif: Lebuh Raya Shapadu Selat Klang Baru – Kapar – Meru – Klang- Setia Alam – Shah Alam

2. KM 3.7 Jalan Shapadu Lama ke Rantau Panjang

Laluan alternatif: Jalan Shapadu Lama – Jalan Kapar – Lebuh Raya Shapadu

3. Jambatan Raja Nala (Jalan Tanjung Syawal)

Laluan alternatif: Jalan Goh Hock Huat – Jalan Mantin – Bulatan Kota – Jambatan Kota – Bukit Tinggi

4. Jambatan Musaeddin (Jalan Batu Tiga Lama)

Laluan alternatif: Jalan Pos Baru – Bulatan Kota – Jambatan Kota – Bukit – Tengku Kelana – Kg Jawa

5. Jalan Paip/Jalan Bukit Cerakah

Laluan alternatif: Dari Shah Alam akan dilencongkan ke Jalan Bukit Cerakah – Jalan Meru Tambahan – Pekan Meru/Dari Jalan Paip akan U-Turn semula ke Pekan Meru

Bagi Klang Selatan pula, berikut adalah dua jalan yang ditutup:

1. Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Kelana, Klang

2. Jambatan Raja Muda Nala, Klang

Berikut kami kongsikan laluan alternatif bagi para penduduk:

1. Penduduk sekitar Teluk Pulai, Kg. Delek, Sg. Udang, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Kg. Sungai Sireh

Laluan alternatif: Jalan Kem/Jambatan Jalan Parang, Jambatan Kota

2. Penduduk sekitar Sri Andalas, Kg. Jawa, Teluk Menegon, Taman Sentosa

Laluan alternatif: Jalan Kota Raja/Jalan Dato Mohd Sidin/Jalan Bukit Raja, (Jambatan Connought), LKSA (melalui Jalan Batu 4)

3. Penduduk dari Banting, Bandar Bukit Tinggi, Klang Jaya, Bandar Botanik

Laluan alternatif: Lebuh Raya Pulau Indah/Jalan Parang (Jambatan Jalan Parang), Lebuh Raya KESAS, Jambatan Kota

4. Penduduk sekitar Pulau Indah

Laluan alternatif: Lebuh Raya SKVE

Dalam pada itu, terdapat lima sekatan jalan raya akan dijalankan di Klang Selatan. Berikut adalah senarai penuh lokasi sekatan tersebut:

1. Persiaran Kota, Klang (Berhadapan Bangunan MPK)

2. Batu 2, Jalan Langat (Berhadapan Stesen Timbang JPJ dari arah Klang ke Banting)

3. KM 24.2, Lebuh Raya KESAS (Susur keluar Jalan Kg. Jawa dari arah Klang ke Shah Alam)

4. Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Bukit Jati, Klang (Jambatan Connought)

5. Jalan Kg. Jawa, Klang (Hadapan SK Teluk Menegon)

Seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca