Aktiviti kegemaran seorang insan yang bergelar bapa adalah untuk mengusik cahaya mata mereka.
Pada mulanya, LGND dan isterinya sengaja mahu usik anak perempuan mereka iaitu Aria dengan memberikan hadiah Krismas paling teruk kepada kanak-kanak tersebut!
Namun, pasangan yang menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat itu pula terkejut melihat reaksi Aria kerana siapa sangka hanya sebiji pisang mampu buat seorang kanak-kanak begitu bahagia!

Sebaik sahaja dia menerima bungkusan tersebut, riak wajahnya terus berubah menjadi sangat girang saat menyedari isinya merupakan sebiji pisang.
Dalam pada itu, LGND menjelaskan bahawa pasangan itu pernah melakukan usikan yang sama terhadap anak sulung mereka iaitu Justice pada tahun lalu.
Jelasnya, “Kami beri sebiji pisang sebagai hadiah kepada Justice kerana saya dan isteri mahu melihat reaksinya.”
Pelawak itu turut menjelaskan bahawa anak lelakinya itu kelihatan sangat bersyukur meskipun kanak-kanak itu hanya menerima sebiji pisang.

Video itu telah berjaya menerima 19,100,000 tontonan dalam masa tiga hari. Rata-rata warganet sangat terhibur dengan reaksi kanak-kanak tersebut.


Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
I Tried Giving My Daughter The Worst Xmas Gift Ever & I Didn’t Expect This Reaction 😢 pic.twitter.com/44cJytI83m
— LGND (@iamlgndfrvr) December 20, 2019