Pintu Tren LRT Laluan Kelana Jaya Terbuka Luas Ketika Beroperasi, Rapid KL Mohon Maaf

Rapid KL telah meminta maaf atas insiden viral di mana salah satu kereta apinya dilihat bergerak laju di sepanjang landasan dengan pintunya terbuka lebar pada hari Isnin (26 Julai).

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.01pm melibatkan sebuah kereta api yang berlepas dari Stesen LRT Ara Damansara dan menghala ke Stesen LRT Lembah Subang.

Rakaman insiden ini telah dimuat naik di laman media sosial Twitter dan mendapat sambutan tinggi daripada orang ramai dengan lebih 300 ribu jumlah tontonan.

Merujuk kenyataan rasmi daripada Rapid KL, perkara ini disedari segera oleh Pusat Kawalan Operasi. Kereta api itu telah diberhentikan operasi kurang dari 2 minit kemudian ketika sampai di Stesen LRT Lembah Subang yang terletak kira-kira 900 meter dari Stesen LRT Ara Damansara.

Pemeriksaan segera dan siasatan lanjut telah dilakukan.

Semasa kejadian, terdapat tujuh penumpang di dalam kereta api tersebut. Mereka semua dipindahkan dengan selamat.

Rapid KL turut memaklumkan bahawa pihak mereka memandang serius hal ini dan siasatan terperinci sedang dilakukan untuk mengenal pasti penyebabnya.

Rancangan mitigasi yang sesuai akan dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang insiden di masa hadapan.

Artikel-artikel berkaitan untuk dibaca:

Artikel Lain Untuk Di Baca