Pinjam Motosikal Majikan Untuk Ke Konvo Anak, Lelaki Ini Kongsi Kisah Duka Seorang Bapa

Kasih sayang seorang bapa memang tiada tandingannya. Meskipun susah dan sulit untuk mengungkapkan kenyataan sebenar, dia tetap tegar dan kuat seolah-olah tidak menanggung masalah sama sekali tatkala berada di hadapan anak-anaknya.

Baru-baru ini tular kisah seorang bapa yang dikongsikan oleh Irwan menerusi laman Twitternya, @akusziko.

Segalanya bermula sejurus selepas majlis konvo tadika anak kepada Irwan selesai. Kebanyakan ibu bapa ketika itu mahu mengabadikan detik anak masing-masing untuk mengambil gambar sebagai kenangan di backdrop khas yang disediakan.

Bagaimanapun, sewaktu jurugambar sedang sibuk bersiap-sedia untuk mengambil foto anak lelakinya, Irwan terlihat seorang lelaki yang bertanya kepada seorang juruju tentang pakej bergambar di situ.

Sejurus melihat kedua beranak itu mahu pulang, Irwan segera mencapai tangan kanak-kanak tersebut tanda mempelawa dan menunaikan keinginannya yang mahu bergambar sebagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakannya.

Dek kerana terharu dan tidak menyangka permintaan anak kecil itu ditunaikan oleh orang lain, lelaki berkenaan menangis sambil memeluk Irwan dengan erat.

Lebih mengharukan apabila kenderaan yang digunakan oleh lelaki tersebut merupakan motosikal kepunyaan majikannya.

Sememangnya, dalam rezeki kita ada rezeki mereka yang lain. Sikap yang suka berkongsi dan memberi yang ada dalam diri Irwan seharusnya dicontohi agar kita menjadi manusia yang lebih menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.

Akhir sekali, sayangilah insan yang banyak berkorban terhadap keluarganya. Terima kasih, ayah.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca