Pindah Kerana Tidak Tahan Diganggu Makhluk Halus, Rumah Berhantu Bertemu Dengan Pemilik Baharu

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan dengan pengalaman seorang wanita bersama suaminya yang mendiami sebuah rumah yang terletak di Shah Alam, Selangor.

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, wanita ini mejelaskan bahawa mereka hanya sempat mendiami rumah itu dalam beberapa bulan sahaja kerana tidak tahan akibat sering diganggu oleh makhluk halus. Pasangan berkenaan turut mendedahkan gangguan pelik yang dialami seperti bau-bau aneh dan ganjil.

Menyedari perkara ini semakin tular dalam kalangan pengguna media sosial, pemilik rumah berkenaan akhirnya bersuara bagi membidas dakwaan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut.

Pemilik rumah yang dikatakan berhantu iaitu Tamil Selvam Sinnaiah berusia 44 tahun menyatakan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menganiaya sesiapa sebaliknya meminta pasangan berkenaan untuk berpindah secara baik dari kediaman tersebut.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut diambil olehnya berikutan terdapat banyak aduan daripada jiran tentang bau busuk yang dikatakan berasal dari rumah penyewanya.

Bahagian ruang tamu rumah milik Selvam setelah diubahsuai.

Dia kemudiannya datang ke rumah berkenaan untuk membuat semakan. Lebih memeranjatkan apabila terdapat 10 kandang kucing berada di luar rumah bersama-sama dengan najis yang tidak dibersihkan.

Susulan daripada peristiwa itu, Selvam meminta pasangan tersebut untuk mengosongkan rumah berkenaan. Walau bagaimanapun, pasangan berkenaan meminta tempoh pengosongan rumah selama dua hingga ke tiga bulan.

Namun, Selvam enggan menerima permintaan mereka sehingga akhirnya pasangan itu akur untuk berpindah. Pada pengetahuan Selvam, mereka sama sekali tidak bergaduh. Malah, segala urusan telah diselesaikan dengan cara baik.

Bahkan, Selvam sendiri tidak tahu motif pasangan tersebut sehingga sanggup mereka cerita seperti itu di media sosial. Perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh rasa dendam akibat digesa untuk segera keluar dari rumah berkenaan.

Maka, Selvam telah membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda Shah Alam pada Isnin yang lalu sebagai langkah keselamatan. Bagaimanapun, Selvam sempat meluahkan rasa syukurnya berikutan peristiwa berkenaan, dia mampu menjual rumah tersebut dengan harga RM470,000.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca