Pinangan Ditolak Aida Aris, Ini Kisah Di Sebalik Lagu Taman Rashidah Utama

Wing adalah sebuah kumpulan rock kapak yang terkenal dari 80-an sehingga ke hari ini. Lagu yang menjadi kegemaran peminat muzik tempatan pastinya Taman Rashidah Utama. Rata-rata masih mendengar lagu ini walaupun sudah 30 tahun sejak penerbitan album Wings Hukum Karma.

Masih ramai peminat muzik tempatan tidak tahu kisah di sebalik lagu ini. Lagu ini bukan saja untuk menghiburkan peminat muzik malah menyimpan satu kisah yang dialami oleh penulis sendiri.

Penulis lagu ini ialah Bob Lokman. Seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik. Beliau menceritakan sendiri tentang kisah di sebalik lagu Taman Rashidah Utama ini.

Terdapat sebuah taman perumahan di Senawang yang dinamakan Taman Rashidah Utama kira-kira 10 kilometer dari Seremban. Ketika itu Bob Lokman berumur 20-an, dia bertemu dengan seorang gadis berumur 14 tahun yang datang ke studio di mana Wings sedang berlatih untuk bertemu dengan mereka dan beliau jatuh cinta dengannya. Beliau mendapat tahu gadis tersebut tinggal di Taman Rashidah Utama. Kebetulan, beliau sering ke Seremban kerana Wings berlatih di sana.

Bob Lokman menunggu gadis tersebut habis persekolahan dan berhasrat untuk berjumpa dengan keluarganya dengan niat untuk berkahwin dengan gadis tersebut. Namun, gadis itu memperjelaskan yang dia tidak ada perasaan kepada Bob Lokman. Beliau tetap menghantar rombongan untuk meminang gadis tersebut tetapi pulang dengan hampa selepas pinangan tersebut ditolak oleh keluarga dan gadis tersebut.

Gadis yang disebutkan itu merupakan seorang pelakon terkenal, Aida Aris. Mereka masih kekal berkawan sehingga sekarang dan sering kali mengenangkan kisah yang pernah terjadi antara mereka berdua. Aida Aris pernah mencadangkan agar kisah ini dijadikan drama tetapi idea itu masih tidak dapat direalisasikan.

“Lagu ini bukan sekadar tentang patah hati tapi peringatan jika kita buat sesuatu ikhlas dari hati, ia akan bawa kita ke arah sesuatu yang tak pernah kita jangka,” kata Bob Lokman.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca