Pilih Minyak Wangi Pun Kena Ikut Personaliti Dan Karakter?

Penggunaan minyak wangi bukan sahaja memberi keyakinan terhadap si pemakai tetapi ia melambangkan personaliti setiap individu yang memakainya.

Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza, begitu juga dengan pemilihan minyak wangi. Ada sesetengah yang menggemari bau-bauan berunsurkan bunga, buah-buahan dan macam-macam lagi.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis haruman yang berada di pasaran. Jika anda berkunjung ke kedai haruman, anda boleh melihat pelbagai jenis minyak wangi yang berbeza nama perfume (parfum), eu de toilette (EDT), eau de parfum (EDP) dan eu de cologne (EDC).

Sangat penting untuk anda semua sebenarnya mengetahui jenis-jenis haruman yang wujud di pasaran agar anda tidak tersalah beli mengikut personaliti.

Anda tahu, perfume (parfum) merupakan wangian yang sangat kuat baunya. Hal ini kerana ia mengandungi 15 hingga 30 peratus kepekatan intipati minyak wangi. Haruman seperti ini biasanya akan kekal wangi selama 6 jam, ia bergantung kepada jenis kulit si pemakai.

Untuk pengetahuan anda, minyak wangi akan memberi impak aroma yang berbeza apabila disembur pada kulit. Oleh itu, semasa anda melakukan proses pemilihan minyak wangi, uji sembur dahulu pada kulit bukan pada baju ye.

Untuk EDP, ia lebih ringan dengan kepekatan 8 hingga 15 peratus sahaja dan harganya agak murah serta ia biasanya akan kekal wangi antara 3 hingga 5 jam.

Namun, berbeza dengan EDT, ia mempunyai kandungan kepekatan yang sangat rendah, dalam lingkungan 4 hingga 8 peratus sahaja. Baunya akan kekal dalam tempoh 2 hingga 4 jam sahaja.

Go with your guts bermaksud kali pertama semburan anda terus jatuh cinta dengan wangian tersebut. Dalam masa yang sama bau tersebut mendatangkan persona sisi lain diri anda. Mungkin bauan tersebut membuatkan anda akan berasa lebih berkeyakinan dan cantik bila memakainya.

Mood wangian. Anda harus mengambil kira aspek mood seperti iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya sesuai ketika anda gunakan semasa musim panas. Selain itu, pilih haruman mengikut persekitaran sekeliling.

Anda harus tahu bahawa ada wangian yang sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti luar dan ada wangian yang tidak sesuai untuk ke pejabat kerana faktor kepekatan dan kekuatan bau.

Apa yang penting adalah anda harus memilih wangian yang bersesuaian dengan personaliti dan karakter anda.

Sumber: mStar

Artikel Lain Untuk Di Baca