Pil Ini Boleh Ubah Kentut Jadi Wangi Persis Bau Mawar Dan Coklat, Berminat?

Baru-baru ini, kami ada berkongsi tentang pad arang yang mampu ‘menapis’ bau kentut yang busuk daripada tersebar di udara dan bikin orang pengsan.

Kini, sebuah syarikat Perancis mendakwa bahawa mereka telah berjaya mencipta sejenis pil yang mampu membuatkan kentut yang busuk bertukar menjadi harum.

Pil berkenaan yang dihasilkan oleh Christian Poincheval dikatakan berupaya untuk menukar kentut yang busuk bak telur tembelang menjadi wangi persis bau bunga mawar atau coklat.

Christian yang menetap di pekan di barat negara itu memberitahu yang pil tersebut sebenarnya sudah dihasilkannya sejak tahun 2007.

Berdasarkan laman web syarikat berkenaan, pil itu tidak berbahaya buat kesihatan kerana ia dibuat daripada bahan-bahan organik dan kandungannya sama sekali tidak berasaskan perubatan mahupun dadah.

“Pil kentut ini adalah hasil penyelidikan dan percubaan tempoh masa yang panjang dan sudah dijual sejak 2007,” dakwa laman web berkenaan.

“Pelbagai wangian juga menambahkan sentuhan jenaka bagi sebarang keadaan. Ramai pelanggan yang kembali mendapatkan produk ini membuktikan bahawa ia benar-benar berkesan.”

Menurut Christian menerusi temu bual bersama akhbar Telegraph beberapa tahun yang lalu, dia mendapat idea untuk menghasilkan produk berkenaan selepas satu kejadian makan malam yang dicemari bau kentut busuk.

“Bau kentut amat busuk, kami hampir lemas. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya.

“Saya ada pelbagai pelanggan. Ada yang membelinya kerana mereka memang mempunyai masalah kentut busuk,” katanya.

“Sebahagian daripada mereka membeli pil ini sebagai bahan jenaka untuk diberikan kepada rakan. Penjualan meningkat pada musim Krismas,” ujarnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca