Pikul Dua Karung Guni, Lelaki Tua Ini Hadiahkan Barang Kemas Buat Isteri

Baru-baru ini, tular di negara jiran, Indonesia seorang lelaki tua terpaksa berhadapan kesukaran membeli barang kemas buat isteri tercinta hanya kerana mahu membayarnya menggunakan wang tunai. Memetik laporan dari portal Kosmo.

Pada mulanya, kehadiran Januri di dua buah kedai emas telah ditolak oleh pemiliknya. Hal ini kerana, dia mahu membayar barang kemas buat isterinya dengan menggunakan wang dikumpul dalam dua karung guni yang dipikulnya.

Ketika di kedai emas ketiga, iaitu Kedai Emas Rama yang terletak di daerah Ketanggungan, Jawa Tengah, mereka telah menyambut kehadiran erta melayannya dengan baik.

Difahamkan daripada kenyataan pemilik kedai, Henky bahawa Januri dilihat memikul dua karung guni berisi wang kertas bercampur duit syiling dan memberitahu ingin membeli barang kemas buat isterinya.

pikul-dua-karung-guni-lelaki-tua-ini-hadiahkan-barang-kemas-buat-isteri
Sumber: Kosmo

“Wang dalam dua karung guni itu berjumlah 6.5 juta rupiah (RM1,867). Kami menawarkan kepadanya seutas rantai emas, sebentuk gelang tangan seberat 10 gram serta lapan gram yang memiliki nilai serupa.

“Pak cik itu berasa sangat gembira kerana ada kedai yang menerima wangnya dalam guni yang dipikulnya.”

Lelaki tua itu sempat memberitahu bahawa dia merupakan seorang pengemis. Bukan itu sahaja, duit hasil daripada mengemis disimpan untuk membeli hadiah buat isterinya,” kata Rama.

Bagaimanapun, ketika musim pandemik kebanyakan kedai emas menolak kehadiran Januri kerana mereka lebih selesa untuk membuat urusan jual beli secara dalam talian, tambah Rama.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca