“Pihak Satu Lagi Asyik Cari Salah, Macam Itu Ke Ustazah?”, Isteri Kedua Da’i Farhan Buka Mulut Isu Rumah Tangga

Belum surut lagi kisah mengenai Da’i Farhan yang bertindak menikahi seorang wanita berstatus janda anak lapan, penceramah bebas itu sekali lagi menyemarakkan api kontroversi apabila mengesahkan bahawa dia sudah menceraikan isteri pertamanya yang sarat hamil melalui aplikasi WhatsApp.

Selepas sekian lama mendiam diri meskipun teruk dikecam rakyat Malaysia, isteri kedua Da’i Farhan yang dikenali dengan nama Dr. Erin akhirnya tampil membuka mulut berhubung dengan badai yang melanda rumah tangganya.

Satu posting telah dimuat naik janda itu di laman sosial Instagramnya.

Menerusi posting terbabit, Dr. Erin menyuarakan kekesalan hatinya ekoran satu pihak yang bergelar ustazah yang sering memburuk-burukkan orang lain.

“Macam tu ke sifat ustzah yang kononnya solehah dan kuat imannya? Tapi apabila sampai bab hati, habis punah juga agamanya,” ujar wanita itu di laman Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Dr. Erin menyatakan si ustazah terbabit suka mengorek kisah silam kerana mahu membuka aib orang.

Menurutnya lagi, dia sedar statusnya sebagai isteri kedua dan telah cuba sehabis baik untuk hidup berpoligami dengan aman. Malah, dia juga menjelaskan dia banyak mengalah dalam semua hal. Walau bagaimanapun, tindakan ustazah terbabit dikatakan telah mencabar maruahnya.

“Saya tahu dia sakit dan saya kesiankan dia sebab itulah saya berusaha untuk mengalah dalam semua hal.”

“Tapi kalau sampai sudah mencabar maruah saya, berkomplot dengan ustazah-ustazah lain yang kononnya suci untuk merancang buka aib orang dan menghasut keluarga. Maaf, saya bukan orang seperti itu. Awak sudah pilih lawan yang salah,” tambahnya lagi

Isu Da’i Farhan mula hangat diperkatakan apabila lelaki itu mengaku sudah berkahwin dengan seorang janda anak lapan. Da’i berkenaan sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai apabila dia mengesahkan bahawa dia sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain yang sedang sarat mengandung menerusi aplikasi WhatsApp.

Walau bagaimanapun, Da’i tersebut enggan mengulas lanjut mengenai punca penceraiannya dengan isteri pertama.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca