Pihak Berkuasa Beri Amaran, Eropah Bakal Cecah Suhu 40 Darjah

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa gelombang kepanasan di Eropah bakal mencecah suhu sehingga 40 darjah Celsius.

Suhu yang melampau itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, mencetuskan kebakaran hutan serta memanaskan perbahasan di mana penduduk Jerman bertindak untuk berbogel di khalayak ramai akibat kesan daripada suhu itu.

Namun, tidak pula bagi pengeluar wain di Perancis yang mengalu-alukan cuaca panas kerana ia membantu menghasilkan arak dengan lebih berkualiti.

Pakar kaji cuaca mengatakan cuaca panas di Eropah masih terlalu awal untuk tiba dan menyalahkan udara panas yang muncul dari utara Afrika.

Kemungkinan suhu hari ini dan esok akan meningkat lebih daripada 40 darjah Celsius di Perancis, Sepanyol dan Greece.

Amaran daripada saintis berikutan pemanasan global daripada penggunaan bahan bakar fosil manusia menjadikan kepanasan sering berlaku.

“Suhu global semakin meningkat disebabkan perubahan iklim.”

“Peningkatan suhu global bermakna kemungkinan gelombang kepanasan melampau akan lebih kerap berlaku,” kata profesor sains iklim di University of Reading iaitu Len Shaffery.

Agensi kaji cuaca di Sepanyol iaitu Aemet berkata lima wilayah utara bakal berhadapan risiko penting dengan suhu yang dijangka akan mencapai sehingga 42 darjah Celsius.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca