Petunjuk Tahap Kesihatan, Ini 5 Jenis Tahi Telinga Yang Anda Perlu Tahu

Tahi telinga atau juga dikenali dengan istilah medis cerumen adalah kumpulan sel kulit mati, rambut, atau kotoran yang berada di bahagian luar saluran telinga. Meskipun kelihatan menjijikkan, kotoran tersebut berfungsi untuk melindungi telinga anda dari bakteria atau serangga kecil daripada masuk ke dalam telinga.

Untuk pengetahuan, tahi telinga sangat bervariasi, bergantung pada tahap kesihatan seseorang. Mari kami kongsikan 5 jenis tahi telinga dan kaitannya dengan kesihatan anda!

1. Tahi telinga berwarna kelabu

Sekiranya tahi telinga anda berwarna kelabu, anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal terutamanya bagi mereka yang tinggal di bandar dan ia juga tidak menunjukkan sebarang tanda tidak normal pada kesihatan anda.

Tahi telinga anda berwarna kelabu kerana ia adalah habuk yang melekat.

2. Tahi telinga dengan darah

Tahi telinga dengan darah menunjukkan telinga anda berlubang atau cedera. Ini boleh menyebabkan jangkitan dan akan menyebabkan masalah pendengaran. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

3. Tahi telinga berwarna coklat

Ia menunjukkan bahawa anda sedang mengalami tekanan dan keresahan yang sangat hebat.

4. Tahi telinga berwarna kehitam-hitaman

Tahi telinga berwarna kehitam-hitaman ini seharusnya tidak menjadi masalah. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengalami gatal-gatal dan menjadi semakin teruk, ini mungkin disebabkan sudah berlaku masalah jangkitan kulat. Anda perlu untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.

5. Tahi telinga berbau busuk

Jika tahi telinga anda mempunyai bau yang kurang menyenangkan, berkemungkinan sudah berlaku jangkitan dalam bahagian tengah telinga. Anda mungkin turut berasa gatal dan sakit serta ia seperti berair di dalam telinga. Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan seterusnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan kesihatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca