Petua Mudah Di Dapur

Dapur yang bersih bukan sahaja dapat menyejukkan mata bahkan dapat mengelakkan dapur daripada dikunjungi ‘tetamu’ tidak diundang seperti lipas dan semut.

Oleh itu kali ini penulis ingin kongsikan petua ringkas di dapur dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Selain murah, cara ini juga diyakini selamat!

 

  1. Mewangikan dapur

Untuk mengelakkan bau masakan daripada terus merebak ke segenap penjuru kediaman dan ada kalanya cukup sukar untuk hilang dalam masa terdekat, anda boleh cuba letakkan semangkuk kecil oat di mana-mana penjuru dapur yang anda rasakan sesuai. Oat bertindak untuk menangkap bau masakan yang berlegar di sekitar dapur.

Foto: Honeyvile

 

2. Elak semut dalam gula

Anda pasti sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh masukkan bunga cengkih atau kulit kayu manis ke dalam bekas gula.

Foto: Lugu alami

 

3. Menghalau lipas

Ambil dan koyakkan beberapa helai daun pandan. Letakkan di kawasan yang sering didatangi lipas. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

Foto: Sehat itu nikmat

 

4. Menghilangkan kesan minyak

Kesan minyak pada dinding dapur selepas memasak sememangnya merimaskan. Untuk menghilangkan kesan minyak pada dinding atau lantai dapur, bahan pertama boleh anda gunakan adalah larutan tepung jagung dan cuka. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan kacau hingga sebati. Kemudian, tambahkan air sedikit dan sapu pada tempat berminyak.

Diharapkan petua di atas dapat memudahkan kerja anda di dapur. Selamat mencuba!

Sumber: Inspirasi.com 

Foto di paparan utama: Kompas.com

Artikel Lain Untuk Di Baca