Petua Kurangkan Pedas Dalam Masakan

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta kaum minoriti yang lain. Masyarakat majmuk di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita.

Dengan budaya berbilang kaum di Malaysia, maka tidak hairan lagilah jika makanan orang Malaysia turut terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Rasa pedas sangat sinonim dengan citarasa rakyat Malaysia. Ada yang suka pedas lebih ‘kick’ dan ada juga yang tak tahan pedas.

Sumber: Butterkicap

Namun, tahukah anda terdapat beberapa petua bagi mengurangkan kepedasan dalam suatu masakan.

Bahan pertama yang boleh digunakan bagi mengurangkan rasa pedas dalam masakan ialah madu atau gula. Rasa pedas dapat dikurangkan dengan mengimbangi semula rasa masakan. Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan. Hal ini sedikit sebanyak akan menyelesaikan masalah ini.

Pada masa yang sama, penggunaan bahan yang masam seperti lemon, cuka dan asam jawa turut mengurangkan kepedasan. Walau bagaimanapun penggunaan bahan tersebut pastikan tidak terlalu banyak sebab ia mampu merosakkan rasa lauk.

Selain sering digunakan dalam masakan bagi meneutralkan rasa masakan agar tidak terlalu masin, kentang juga boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pedas. Masukkan sebiji dua kentang dalam masakan dan masak sehingga kentang jadi empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa pada makanan yang disediakan.

Selain itu, hirisan bawang besar juga mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Tetapi jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga.

Jika anda tidak tahan dengan rasa pedas, jangan pilih cili kering yang berbentuk lurus dan berkilat. Jenis ini biasanya mempunyai banyak biji dan memang pedas. Cili kering mungkin nampak sama pada luaran, tetapi jika dilihat betul-betul ada berbagai rupa bentuk mengikut jenis dan tahap kepedasannya.

Jadi gunakan cili kering jenis berkedut dan berkerinting. Cili kering jenis ini sangat sesuai untuk masak lauk seperti sambal goreng dan sambal tumis. Pedasnya pun masih terkawal, boleh dikatakan pedas-pedas manja sahaja. Kalau nak buangkan lagi pedasnya, buangkan semua biji cili dan rebus sekejap cili kering dengan air panas. Lepas itu, barulah kisar macam biasa.

Dengan petua-petua ini, tidak mustahil lagi lah bagi anda yang jenis yang tidak tahan pedas untuk menikmati makanan Malaysia!.

Penulis

  • Muhammad Amirul Asyraf Bin Shamsuddin adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jarinan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca