Petrus Gonsalvus Menjalani Kehidupan Sebagai The Beast

petrus gonsalvus
petrus gonsalvus

Siapakah The Beast yang sebenarnya? Apa pula kaitan Pedro Gonzales dengan Petrus Gonsalvus?

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa Petrus Gonsalvus dan Pedro Gonzales adalah orang yang sama.

Cerita fantasi Disney yang terkenal iaitu Beauty and The Beast mengisahkan tentang seorang putera yang disumpah. Namun mungkin ada yang tidak tahu, ia benar berlaku disebalik kisah ini.

Cerita ini merupakan satu kisah yang betul-betul terjadi sekitar tahun 1500. Pada ketika itu, seorang budak lelaki yang bernama Petrus Gonsalvus mempunyai bulu yang sangat lebat di bahagian mukanya.

Dia dilahirkan pada tahun 1537 di Pulau Canary, Sepanyol. Petrus mempunyai genetik yang ganjil iaitu hypertrichosis. Genetik ganjil tersebut lebih dikenali dengan panggilan sindrom serigala.

Sindrom serigala ini menyebabkan seseorang ditumbuhi bulu yang tebal dan lebat pada bahagian muka. Dikatakan kurang daripada 100 orang yang memiliki genetik ini.

Nasib malang Petrus Gonsalvus berterusan apabila dia dikurung dalam sangkar. Kemudian, dia dibawa ke Perancis dan dijadikan sebagai hadiah sempena pertabalan Raja Henry Kedua.

Sekali lagi, dia dikurung dalam penjara bawah tanah. Selepas itu, Petrus dijadikan sebagai bahan kajian oleh doktor. Setiap hari dia diberikan daging mentah yang menjadi alas perutnya.

Setelah hasil kajian keluar, keputusan telah membuktikan bahawa Petrus merupakan seorang manusia, bukannya seekor haiwan.

Oleh itu, Raja Henry telah membuat keputusan agar Petrus diberikan pendidikan seperti orang lain. Semenjak itu, dia mula belajar beberapa bahasa termasuk bahasa Latin.

Petrus juga dibenarkan memiliki nama Latin dan ditukarkan kepada Pedro Gonzales. Berbekalkan keadaan sebegitu rupa, tidak sedikit pun dapat menjejaskan Petrus untuk menjadi seorang yang terkenal dalam kalangan golongan bangsawan ketika itu.

Tidak lama kemudian, Raja Henry mangkat. Isterinya, Catherine de’Medici menaiki takhta ketika itu ingin mencari calon isteri buat Petrus. Catherine de’Medici mempunyai niat jahat kerana ingin menjadikan bahan ketawa apabila Petrus sudah berkeluarga kelak.

Dia ingin mencari seorang wanita cantik tanpa memberitahu keadaan sebenar bakal suaminya, iaitu Petrus. Lalu, dia menjumpai seorang wanita cantik yang juga bernama Catherine.

Selepas berkahwin, mereka dikurniakan seramai lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan. Sindrom serigala ini telah diwarisi oleh kelima-lima anak mereka.

Sepanjang perjalanan di Eropah, mereka sekeluarga diarak. Tanpa Petrus sedari, mereka sekeluarga sebenarnya dijadikan sebagai tontonan pelik pada golongan yang tertentu. Golongan yang hadir ketika itu berasa hairan dan pelik kerana faktor wajah berbulu.

Anak-anak Petrus juga mengalami nasib yang sama sepertinya. Mereka dijadikan sebagai hadiah kepada golongan bangsawan yang lain. Selain daripada itu, mereka dilayan seperti keluarga haiwan. Tidak kurang juga dijadikan sebagai tontonan dan gelak ketawa golongan orang kaya ketika itu.

Kesian dan malang sungguh nasib Petrus Gonsalvus sekeluarga.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca