Petronas Tampil Iklan Tahun Baru Cina Yang Tak Klise

Petronas memang terkenal dengan iklan perayaan yang banyak mengusik jiwa masyarakat.

Hari ini, kami kongsikan iklan terbaru Petronas cukup dekat di hati penonton yang sering berdepan dilema bekerja pada musim perayaan. Filem web yang bertajuk ‘Heart’ itu memaparkan pengorbanan Lyaan (Emily Lim Pey Chi) yang terpaksa mengimbangi kehidupan antara kerjaya dan keluarga sehingga terpaksa meninggalkan ibunya bersendirian menyambut Tahun Baru Cina.

‘Heart’ membawa maksud ucapan tradisi Tahun Baru Cina “Xin Nian Kuai Le” dengan perkataan ‘Xin’ bermakna ‘hati’. Ia membawa tema ‘Kesyukuran’ atau ‘Anugerah Kita’, filem web itu turut memberi penekanan terhadap sikap menghormati kedua ibu bapa yang juga nilai penting dalam tradisi masyarakat Cina.

Filem web yang berdurasi selama 4 minit dan 17 saat ini boleh ditonton menerusi laman rasmi Facebook Petronas dan saluran Youtube yang telah disiarkan sejak 26 Jan lalu.

Sumber: Youtube

Artikel Lain Untuk Di Baca