Petisyen Kim Seon-ho Kembali Ke “2 Days 1 Night Season 4”, Ini Respons Ketua Penerbit

kim seon ho

Lee Hwang Sun, ketua penerbit 2 Days 1 Night Season 4, telah menjawab petisyen mengenai pemergian Kim Seon-ho daripada rancangan itu.

Kim Seon-ho secara rasmi meninggalkan rancangan tersebut selepas timbul satu kontroversi berkaitan hubungan peribadinya. Sebelum ini, ramai terkejut selepas perkongsian satu kiriman tanpa nama yang dibuat oleh bekas teman wanitanya.

Pelakon itu mengakui bahawa dia adalah pelakon yang dia maksudkan dan telah mengeluarkan permohonan maaf.

Selepas beberapa minggu lalu, terdapat laporan lain yang menyangkal dakwaan asal berkaitan kontroversi itu. Walau bagaimanapun, Kim Seon-ho dan agensinya tidak mengulas mengenai perkara tersebut.

Kakitangan produksi 2 Days 1 Night telah menyunting babak Kim Seon-ho daripada rakaman yang sedia ada sebanyak mungkin setelah isu itu tersebar.

Namun begitu, para peminat telah memuat naik petisyen kepada KBS. Mereka memprotes pengguguran pelakon tersebut daripada rancangan itu dan memintanya dikembalikan semula.

Ketua penerbit, Lee Hwang Sun, semalam secara langsung menjawab petisyen sebagai wakil kakitangan produksi rancangan itu.

“Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton yang menyukai 2 Days 1 Night. Kalian telah berkongsi pendapat yang amat berharga kepada kami.

Pada 20 Oktober, KBS mengumumkan berita bahawa Kim Seon-ho akan meninggalkan rancangan itu.

Kami ingin menjelaskan bahawa kedua-dua pihak mengadakan proses rundingan antara satu sama lain sebelum membuat pengumuman itu.

Kakitangan produksi juga amat kesal kerana kami tidak dapat lagi menunjukkan chemistry yang baik antara enam ahli yang berkongsi suka dan duka selama dua tahun ini.

Bagaimanapun, kami akan terus melakukan yang terbaik dalam menayangkan siaran untuk penonton pada masa hadapan.

Sekali lagi, kami mengucapkan terima kasih atas pendapat anda yang berharga.”

Dalam pada itu, KBS telah mula menyiarkan episod baharu yang ke-100 tanpa pelakon itu. Kini tinggal hanya lima ahli sahaja yang akan meneruskan penggambaran 2 Days 1 Night.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca