Petisyen Desak Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM Ini Dipadam

Petisyen untuk menggugurkan pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof daripada senarai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini dipadamkan.

Pelancar petisyen iaitu Mazril Mazlan membuat keputusan berkenaan kerana ia telah mencapai sasaran yang diimpikan olehnya. Selain itu, Mazril turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong.

Bagi anda yang masih keliru, kontroversi ini tercetus apabila Vivy bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengasas kosmetik.

Dalam kenyataan itu, wanita tersebut yang dikenali sebagai Aleeya telah mempersoalkan bantuan yang diterima oleh golongan B40. Vivy dalam kenyataan balasnya telah bersetuju lantas menerima kecaman daripada orang ramai.

Susulan kontroversi tersebut, Vivy tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia namun ia masih tidak cukup untuk memadamkan kemarahan orang ramai terhadapnya.

Menerusi video tersebut, Vivy turut menzahirkan rasa kesal terhadap pihak yang memulakan petisyen mendesaknya untuk meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Isteri kepada Fadza Anuar itu turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan kejam. Oleh itu, Vivy berkata bahawa dia akan menyaman individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Sebagai rekod, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersebut pada Mei tahun lalu.

Akhir kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jaga diri anda dan patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Vivy Yusof, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca