Pesta Tahi Lembu, Tradisi ‘Mencuci’ Dosa Di India

Beratus-ratus penduduk lelaki akan berkumpul di jalanan bagi menyertai pesta tahi lembu untuk mencuci dosa-dosa mereka. Pesta ini diadakan di sebuah perkampungan yang terletak di Gomatapura, India.

Malah, mereka perlu menanggalkan baju dan hanya berseluar pendek sahaja sebelum memulakan perjalanan ke kawasan yang telah dipenuhi dengan tahi lembu sedalam 1.2 meter.

Kemudian, mereka akan mengepal tahi lembu tersebut supaya menjadi bentuk bebola dan membalingnya sesama sendiri di antara mereka.

Tindakan ini telah dilakukan oleh nenek moyang mereka yang dianggap seperti menebus dosa-dosa lalu.

Tradisi ini dikatakan telah berusia selama 250 tahun dan disambut selepas perayaan Deepavali yang kebiasaannya berlaku pada setiap penghujung bulan Oktober.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca