Pesilat Kristian Bertudung Ketika Kejohanan, Berjaya Mencuri Tumpuan Ramai

Pesilat negara, Merrywati Manuil membuat kemunculan di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dengan mengenakan tudung ketika beraksi berjaya mencuri tumpuan ramai.

Malah, Merrywati Manuil telah memenangi pingat emas dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Ayer Keroh bulan lalu bagi kategori solo Kreatif Wanita.

Beliau turut memegang status juara dunia. Namun begitu, penampilannya ketika kejuaraan tersebut telah mencetuskan persoalan orang ramai kerana dirinya beragama Kristian.

Justeru, dalam satu kenyataan di Facebook miliknya baru-baru ini, Merrywati Manuil tampil menjelaskan sebab dia memakai tudung.

Menurutnya, tindakannya itu dilakukan kerana menghormati seni silat warisan orang Melayu.

Sumber: mStar

“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.” Jelasnya.

Walaupun pemakaian tudung tidak diwajibkan tetapi beliau lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.

Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi baginya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.

Tambahnya lagi, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak yang meminta dirinya untuk memakai tudung tetapi hanyalah sekadar rasa hormat terhadap seni warisan.

Perkongsiannya di lama Facebook mendapat pelbagai reaksi warganet yang mana kebanyakan daripada mereka memberikan pujian atas keputusannya itu.

Untuk makluman, Merrywati merupakan antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu dan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca