Sebuah pesawat PS 752 milik Ukrainian International Airlines yang membawa sejumlah 176 individu di dalamnya dilaporkan terhempas hanya beberapa minit selepas meninggalkan sebuah lapangan terbang di Iran.

Kejadian yang dipercayai berpunca daripada masalah teknikal itu telah meragut nyawa kesemua penumpang dan anak kapal.
Menurut Kedutaan Ukraine, kegagalan enjin yang berlaku hanya tiga minit selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran menjadi punca utama kemalangan itu berlaku.
Walau bagaimanapun, pesawat jenis Boeing 737 yang menuju Kiev, Ukraine itu tidak mengeluarkan apa-apa amaran kecemasan sebelum terhempas.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengesahkan kesemua 167 penumpang dan sembilan anak kapal pesawat itu terkorban dalam kemalangan berkenaan.

Insiden hempasan kapal terbang berkenaan dilaporkan berlaku hanya beberapa jam selepas kerajaan Iran melancarkan serangan peluru berpandu yang menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.
Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung dengan serangan peluru berpandu itu.
Untuk membaca artikel lain berkaitan isu terkini yang berlaku di dunia, sila klik pada pautan di bawah: