Pesawat Sriwijaya Air Terhempas, Cebisan Daging Ditemui Di Lokasi Titik Nahas

Sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas pada jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini. Pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak pada jam 3.15 petang waktu Indonesia Timur.

Pesawat yang membawa lebih 50 penumpang itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki, daerah yang merupakan gugusan pulau yang dikenali sebagai Kepulauan Seribu, Indonesia.

Pesawat Sriwijaya Air – Detik.com

“Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur, sebelum hilang,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurut laporan TV One Indonesia, sebuah kapal peronda milik Kementerian Pengangkutan republik itu telah menemui cebisan daging di sekitar lokasi di mana pesawat itu dipercayai jatuh.

Kapten kapal bernama Eko memberitahu mereka menuju ke lokasi berikutan laporan daripada nelayan tempatan yang mendengar bunyi ledakan kuat.

“Ada ditemui serpihan-serpihan daging, mungkin dari tubuh manusia,” ujar beliau kepada TV One. Selain itu, beliau juga memaklumkan tentang penemuan bahan bakar pesawat di lokasi kejadian.

Merujuk kepada data daripada FlightRadar24, pesawat tersebut telah mencapai ketinggian hampir 11,000 kaki (3,350 meter) sebelum jatuh ke paras 250 kaki dan kemudiannya terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan pesawat terhempas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca