Pesawat Pengintip Prototaip Israel Ini Masuk Putrajaya, Mengapa?

Pesawat Pengintip Israel

Sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan memasuki ruang udara di Putrajaya sebelum mendarat di Singapura baru-baru ini telah menimbulkan kecurigaan.

Pesawat itu dikatakan sedang menjalankan penerbangan ujian dari Tel Aviv ke Singapura untuk menguji keberkesanan sistem terbaru pesawat tersebut.

Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata kepada Sinar Harian, pesawat itu dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik walaupun nampak seperti pesawat biasa.

“Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.

Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.

Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersial,” ujarnya pada 16 Mei semalam.

Beliau juga berkata kehadiran pesawat yang mempunyai sistem sebegini di Singapura telah menimbulkan persoalan terhadap tujuannya berada di situ.

Menurut Airtimes, pesawat ini pernah digunakan bagi mengesan dan menjejak kapal yang menghantar senjata ke Palestin.

Didapati, pesawat itu telah berlepas dari Israel dan melalui ruang udara Tebing Barat pada 18 Mei lalu.

Laporan mengatakan ia terbang pada ketinggian 19,000 kaki di ruang udara Singapura sebelum mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Dua hari kemudian, Boeing 732-400 itu telah memasuki ruang udara Kuala Lumpur setelah tiba di utara Selat Melaka sekitar 6 pagi.

Isyarat pesawat pengintip itu hilang daripada Flightradar24 setelah memasuki kawasan luar pesisir Melaka pada pukul 11.30 pagi.

Putrajaya dikatakan berada dalam keadaan berwaspada untuk sebarang kemungkinan jika pihak Israel melakukan apa-apa tindakan terhadap pegawai-pegawai Palestin yang tinggal di Malaysia.

“Polis, bersama dengan agensi keselamatan lain, telah meningkatkan pengawasan keamanan dalam semua aspek untuk mempertahankan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia, termasuk rakyat Palestin di negara ini,” ujar Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Selain itu, ujian penerbanan pesawat pengintip prototaip Israel itu dilaporkan berlangsung selama 4 jam.

Sumber: MALAYSIA NOW
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca