Pesakit Terakhir Dibenarkan Keluar Hospital, Wuhan Kini Isytihar Bebas COVID-19

Bandar yang menjadi pusat awal koronavirus iaitu Wuhan tidak lagi mempunyai pesakit COVID-19 di hospital setelah 12 individu terakhir dibenarkan keluar wad pada Ahad.

Penyakit yang pertama kali dikesan pada Disember itu telah mengakhiri mimpi buruk untuk bandar itu selama empat bulan.

Jumlah pesakit yang dirawat akibat COVID-19 di sana mencapai kemuncak pada 18 Februari dengan 38,020 dan hampir 10,000 daripadanya berada dalam keadaan parah atau kritikal.

“Dengan usaha bersama Wuhan dan bantuan perubatan nasional yang diberikan kepada Wilayah Hubei, semua kes COVID-19 di Wuhan telah diselesaikan pada 26 April,” kata jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Nasional, Mi Feng pada petang Ahad.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas bandar itu membenarkan pesakit terakhir yang berada dalam keadaan parah sebelum ini keluar dari hospital. Pesakit itu juga merupakan kes kritikal terakhir di wilayah Hubei.

Seorang lelaki yang berusia 77 tahun dan dikenali sebagai Ding itu dibenarkan keluar dari Wuhan Chest Hospital pada Ahad selepas dua kali diuji negatif untuk Sars-CoV-2 iaitu virus yang menyebabkan COVID-19.

Wuhan menempuh perjalanan panjang dalam usaha memastikan tiada lagi kes COVID-19 di bandar itu.

“Tiada lagi pesakit di hospital pada 26 April dan ia menandakan pencapaian besar untuk rawatan COVID-19 di bandar ini,” kata Suruhanjaya Kesihatan Wuhan dalam satu kenyataan.

Bandar yang mempunyai 11 juta penduduk itu juga merupakan pusat pengangkutan untuk bahagian tengah China, telah menjalani lockdown ketat pada 23 Januari selama 76 hari sehingga secara rasmi dibuka semula pada 8 April.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna semua pesakit yang dibenarkan keluar tidak memerlukan rawatan susulan. Mereka masih memerlukan rawatan penjagaan lanjut.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca