Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru akan menjalankan siasatan berkenaan dakwaan seorang pesakit COVID-19 yang tidak diberikan makan dan minum, serta dimarahi petugas kesihatan di hospital tersebut.
Dr Mohtar Pungut @ Ahmad yang merupakan seorang Pengarah HSA menyatakan dalam hantaran Facebook rasmi hospital berkenaan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan terhadap perkata tersebut.
Jika hal itu terbukti sahih dan benar, petugas kesihatan tersebut akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Perkara itu dipandang serius oleh pihak pengurusan HSA dan tindakan awal telah dilakukan. Beliau menyatakan kekesalan terhadap kejadian berkenaan yang turut menyinggung perasaan masyarakat.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook melaporkan dalam sebuah hantaran bahawa isterinya tidak diberikan makan dan minum kira-kira 14 jam setelah dimasukkan ke HSA susulan daripada positif COVID-19 dan juga kekurangan oksigen.
Tambahan lagi, pengguna Facebook tersebut turut memaklumkan bahawa isterinya juga telah dimarahi petugas kesihatan.
Perkara tersebut berlaku apabila isterinya meminta bantuan untuk ke tandas kerana isterinya tidak mampu berjalan seperti biasa dan memerlukan penggunaan tongkat.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: