Pesakit COVID-19 Ini Temui Ajal Gara-Gara Keluarga Mahu Guna Pendingin Hawa

Seorang pesakit COVID-19 yang berada pada tahap kritikal menghembuskan nafas terakhir selepas ahli keluarganya menutup ventilator untuk menghidupkan suis pendingin hawa.

Lelaki ini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Maharao Bhimsingh yang terletak di Rajasthan di utara India.

Ahli keluarga melawat pesakit tersebut pada malam Isnin menerusi laporan media tempatan. Walau bagaimanapun, mereka mula rasa panas semasa duduk di dalam wad pesakit.

Mereka membuat keputusan untuk menutup suis ventilator berkenaan supaya boleh hidupkan pendingin hawa di bilik rawatan pesakit. Walau bagaimanapun, tindakan mementingkan diri ahli keluarganya itu tanpa disedari telah meragut nyawa mendiang.

Hal ini demikian kerana keadaan pesakit berubah menjadi semakin parah selepas beberapa minit kerana alat bantuan pernafasan itu kehabisan bateri.

boy in blue scrub suit holding white printer paper
Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Ahli keluarganya memaklumkan doktor yang melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) mengenai perkara berkenaan tetapi tidak berjaya menyelamatkan lelaki tersebut. Mendiang menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.

Sementara itu, ahli keluarga pesakit dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakitangan hospital selepas pemergian mangsa.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet berkata perkara ini tidak sepatutnya berlaku:

Sekiranya berada dalam situasi sama seperti keluarga pesakit, adakah anda akan melakukan perkara yang sama seperti mereka?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca