Pertunangan Intan Najuwa Dengan Ahli Perniagaan Akhirnya Terlerai

Pelakon yang sedang mencipta nama iaitu Intan Najuwa telah mengesahkan bahawa ikatan pertunangannya bersama seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar sudah terputus. Keputusan itu dibuat setelah perbincangan kedua-dua belah pihak.

Menurut Intan, dia menganggap terputusnya ikatan pertunangan itu kerana tiada jodoh dan persefahaman. Dia juga tidak mahu lagi bekas tunangnya itu dikaitkan lagi dengan kontroversi.

Sebelum ini, terdapatnya desas-desus yang mengatakan hubungannya dengan bekas tunangnya itu bergolak. Perkara ini dikuatkan lagi kerana dia didakwa menyekat bekas tunangnya di laman sosial Instagram. Intan juga berharap supaya semua pihak memahami situasinya itu dan tidak terus mengecam terhadap apa yang terjadi.

Untuk rekod, ikatan pertunangan mereka bertahan selama enam bulan. Mereka mengadakan majlis pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu. Segala yang terjadi ada hikmahnya, semoga mereka terus kuat menghadapi dugaan.

Untuk baca artikel lain berkenaan selebriti Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca