KONGSIKAN

Patung Buddha telah ditemui oleh seorang nelayan yang sedang menjala udang di dasar Sungai Cabik, Matang, Kuching. Pihak Muzium Sarawak telah pun mengambil patung Buddha itu untuk kerja selanjutnya. Penduduk tempatan percaya  penemuan patung Buddha ini mampu menjadi satu titik penemuan sejarah terbaru di Sarawak.

Turut terdapat juga beberapa maklumat yang menyatakan bahawa patung Buddha tersebut berasal dari Thailand dan kemungkinan besar ada temple di bawah tanah. Ahli arkeologi akan menjalankan kerja-kerja penggalian di kawasan tersebut bagi mencari tapak purba berdasarkan penemuan yang berharga ini.

Melalui satu post di Twitter,  pemilik akaun Nadia J  berkongsi berita penemuan patung Buddha tersebut dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang penemuan patung Buddha itu.

 

Penemuan patung Buddha ini merupakan kali pertama ditemui di Sarawak, dahulu penemuan patung sejarah sering berlaku di negeri Perak.

Pada awal tahun 1900 an, terdapat beberapa penemuan barangan artifak berupa patung Buddha diperbuat daripada gangsa di Tanjung Rambutan dan juga di Pengkalan di Ipoh pada tahun 1931.Kemudian pada tahun 1936 pula telah ditemui sebuah patung jenis Avalokitesvara di Bidor dan ianya menguatkan lagi bukti ini. Hasil kajian arkeologi mengesahkan bahawa patung-patung Buddha ini datang daripada zaman Gupta di India yang wujud pada kurun ke 5 dan ke 6 Masihi.

Penulis turut berasa teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang penemuan patung Buddha di Sarawak ini, harap pihak Muzium Sarawak dapat berkongsi infomasi terkini selepas kerja-kerja arkeologi dijalankan.