Pertembungan Epik Zombi Kini Kembali Dalam Filem Sekuel ‘Train To Busan: Peninsula’

Filem Train To Busan yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton tidak kira di Korea Selatan mahupun di Malaysia. Sejak dilaporkan perkhabaran mengenai sekuel filem ini, ramai yang sudah tidak sabar mahu menonton apakah yang bakal berlaku dalam pertembungan epik manusia dan zombi dalam filem ini.

Sumber: IMDb

Menonton trailer Peninsula yang baru dimuat naik di YouTube, jelas sekali Peninsula merupakan sebuah filem yang penuh dengan aksi berskala besar dan mendebarkan. Malah tidak mustahil filem ini boleh membuatkan orang terus lupa dengan Train To Busan. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan memandangkan ini merupakan trailer pertama yang dikongsikan.

Menurut pengarah filem ini iaitu Yeon Sang-Ho, beliau memang berniat untuk membuat filem sambungan Train To Busan yang mempunyai perubahan radikal dari segi tona dan plot filem tersebut. Berdasarkan trailer Peninsula, jelas objektif Sang-Ho berjaya.

Sang-Ho turut memberitahu pengaruh terbesarnya dalam pembikinan Peninsula adalah filem-filem seperti Land of the Dead, Mad Max, Mad Max: Fury Road dan The Road.

Filem sekuel Train To Busan: Peninsula menampilkan barisan pelakon baru seperti Gang Dong-Won, Lee Jung-Hyun, Kwon Hae-Hyo, Kim Min-Jae, Koo Kyo-Hwan, Lee Re dan Lee Ye-Won. Berbeza dengan filem sebelum ini, latar masa sekuel kali ini adalah empat tahun selepas kejadian yang berlaku.

Pelakon Gang Dong-Won membintangi watak bekas tentera yang berjaya keluar dari Korea Selatan yang dipenuhi zombi. Virus zombi telah membuatkan kerajaan seluruh dunia menjadi runtuh dan Korea Selatan menjadi padang jarak padang terkukur.

Bekas tentera itu kemudiannya dihantar balik ke Korea Selatan untuk mendapatkan barang berharga. Tetapi perjalanan baliknya menjadi sukar apabila beliau bertemu dengan orang awam yang belum dijangkiti.

Sebagai rekod, Train To Busan berjaya mencipta fenomena di pawagam seluruh dunia apabila mengutip USD93 juta kutipan pecah panggung. Filem tersebut turut menjadi filem Korea Selatan paling berjaya di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Hong Kong.

Filem ini dijangka akan ditayangkan di Korea Selatan pada musim panas nanti. Namun, berikutan wabak COVID-19, tarikh tayangannya di negara itu mahupun di Malaysia masih tidak dapat dipastikan lagi.

Adakah penantian filem sekuel Train To Busan: Peninsula ini berbaloi? Sama-sama kita nantikan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan filem, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca