Pertama Kali Bertemu, Teguran Perdana Menteri Ini Buat Pavithra Tergamam

Selepas nama YouTuber ini disebut beberapa kali oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam sidang media sebelum ini, pasangan Sugu Pavithra akhirnya bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia berkenaan semalam.

Pertemuan antara Muhyiddin dan pasangan suami isteri itu dilaporkan berlaku dalam Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya. Pertemuan berkenaan juga menandakan kali pertama kedua-dua Sugu Pavithra dan Muhyiddin bertemu.

Walaupun namanya kini menjadi bualan ramai di seluruh negara, ia sama sekali tidak berjaya menghilangkan perasaan gementar wanita berkenaan apabila disapa Perdana Menteri.

Memetik laporan Bernama, YouTuber ini sedikit gugup dan tergamam ketika ditanya, “Pavithra, awak tidak masak ke?”

“Beliau juga bertanya kepada saya sama ada sudah makan atau belum. Saya terlalu gementar sehingga saya hanya kata ya. Perkataan saya tersekat sedikit,” jelas Pavithra.

Hubungan baik antara Muhyiddin dan Sugu Pavithra itu bukanlah suatu yang baharu dan ia sememangnya diketahui umum. Bukan sahaja nama mereka sering disebut ketika sidang media sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, pasangan suami isteri ini turut menerima hadiah daripada Perdana Menteri.

Sugu Pavithra mula mencuri perhatian ramai selepas pasangan ini menghasilkan video-video masakan dan turut berkongsi resipi tradisional dalam saluran YouTube mereka.

Sekiranya berada di tempat Sugu Pavithra, kita mungkin mempunyai perasaan yang sama dengan mereka apabila bertemu dengan Perdana Menteri.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Sugu Pavithra, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca