Baru-baru ini, Compass Pools telah mengumumkan pelan pembinaan kolam renang infiniti 360 darjah yang bakal dibina di London pada tahun depan.

Berdasarkan perancangan awal, kolam tersebut akan ditempatkan di atas sebuah bangunan hotel yang terletak di tengah bandar. Para pengunjung sekali gus akan dapat menikmati pemandangan yang cukup indah sambil berenang.

Setiap kali pengunjung keluar atau masuk dari kolam, sebuah laluan tangga spiral akan timbul dari dasar kolam hingga ke permukaan.

Kolam yang dikelilingi oleh kaca akrilik di sekelilingnya itu dikatakan mampu menampung sehingga 600,000 liter air.

Namun begitu, setelah gambar pelan kolam itu tular di media sosial, rata-rata warganet mempersoalkan satu perkara iaitu bagaimana akses untuk ke kolam renang ini?

Bagi menjadikan idea 360 darjah infiniti itu satu realiti, syarikat yang terlibat dalam pembinaan ini tidak akan menyediakan tangga atau mana-mana laluan lain yang membolehkan pengunjung untuk keluar masuk di sekeliling kawasan tersebut.

Jawapan kepada persoalan yang berlegar-legar di minda semua orang itu adalah satu pintu seakan-akan kapal selam akan dibina di kolam berkenaan. Pintu itulah yang akan digabungkan dengan tangga berbentuk spiral yang dikatakan akan muncul daripada permukaan lantai tadi.

Menarik kan idea ini? Siapa yang berkunjung ke sini pasti akan rasa seolah-olah masuk ke kolam renang milik James Bond.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

FMT News

0
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
1
angry