Persoalan Suspek Macau Scam Berjaya Lolos Dari Tahanan SPRM Akhirnya Terjawab

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Odisi

Seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam didapati tidak melarikan diri secara bersendirian sebaliknya beliau dibantu oleh dua orang pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan Harian Metro, sembilan orang suspek yang dilepas reman pada 11 Oktober lalu telah dibawa balik ke pejabat SPRM untuk proses dokumentasi jaminan.

Sumber SPRM itu juga berkata bahawa ramai pegawai polis telah berkumpul di lobi utama pada 11 Oktober lalu apabila mereka tiba di sana.

Sumber: Twitter Roman Akramovich

Menurut sumber itu lagi, semua suspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing ketika melihat pegawai-pegawai polis itu berkumpul di lobi utama SPRM, “Terdapat kekecohan di lobi utama bangunan SPRM apabila semua OKT (orang kena tahan) tidak mahu turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai.

Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, semua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing untuk keluar dari ibu pejabat SPRM.

Terdapat empat buah kereta Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM untuk menjemput suspek yang melarikan diri itu. Memandangkan setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis, semua suspek pun akhirnya ditangkap semula. SPRM bagaimanapun telah menyerahkan salah seorang suspek yang telah dibebaskan dengan jaminan kepada peguam beliau.”

Sumber yang sama turut mengesahkan bahawa suspek terbabit kemudiannya masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Suspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama. Beliau bagaimanapun dipercayai telah bertindak keluar dari kenderaan dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama dengan melarikan diri di pagar sisi berdekatan pintu belakang bangunan SPRM.

Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, suspek terbabit telah pun melarikan diri. Hasil semakan CCTV mendapati suspek telah memanjat pagar dengan bantuan dua orang pengawal peribadi. Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan suspek,” katanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca